Syukur kerna Tuhan masih memberikan satu kesempatan untuk kami sekeluarga memelihara Atuk kesayangan ( Ayah kepada Dady ) yang lama sudah tak bertemu sejak kami kecil lagi.. atuk dah mencecah umur 82tahun dan masih punya istri yang sekarang di sampir, kudat K.K.. Dulu atuk langsung tak nak tengok kami,malah tinggal bersama kami pun tak.. sebab kami nie rumah buruk, makanan pun tak seberapa, hidup pun sederhana malah kira bukan orang yang berkedudukan.. tapi kami redah dengan ketentuan yang Tuhan berikan.. Pernah satu kali, sewaktu saya berumur 11tahun.. atuk dan antie samsiah pernah datang kat umah, yalah sejak kecil kami tak pernah jumpa saudara kandung dady.. nie kali baru berjumpa masa tu pun atuk masih sihat lagi.. kami semua berpelukkan dan kami pun sangat gembira bila Tuhan juga berikan 1 kesempatan menemukan dady dengan kakaknya sendiri yang dah berpuluh tahun tak pernah jumpa..
Masa tu, kami masih tinggal di rumah yang lama, tu pun tempat nenek tiri saya yang juga merupakan istri ke6 atuk, tapi baik hati dan sangat mengasihi kami.. asal je habis sembahyang xda yang tak menyinggah.. biar pun lama mesti juga menyinggah.. hehhe.. apapun nenek adalah seorang nenek yang cool lah... hehe :) .. kami nak sangat jaga atuk n nenek walaupun nenek yang ke7 nie kami tak lah rapat sangat.. tapi atuk macam2x cakap & tak mahu tinggal sama2x kami.. tau lah kan kekurangan keluarga.. tapi tu pun kami semua terima cemuhan atuk, kata Dady pada kami semua, 'biarpun atuk macam tu kita tak boleh benci & sakit hati sebab dialah satu2xnya atuk yang kamu ada sekarang.. kena sayang & hormati dia..' satu hari nanti dia akan datang untuk berjumpa dengan kamu semua dan akan tinggal bersama2x kita walaupun hanya sekejap.. kita sama2x berdoa untuk kesihatannya dan apapun yang dia lakukan "
Sudah bertahun lalu, mama tua ( antie samsiah ) telefon.. katanya atuk sekarang sakit kuat, kat Hospital Sandakan, tak boleh bangun dah, berdiri, bejalan, makan pun sikit2x aja.. malah badannya makin mengurus.. maklumlah dah tua kan.. kami pun sedih dan teringin sangat nak jmpa atuk tapi apakan daya kewangan tak cukup.. kami cuma mampun bantu berusaha berdoa untuk atuk.. :( :( ..hari demi hari.. syukur Antie Rohana nak jenguk atuk kat Hoptl. Sandakan & kami pun pergi ikut seramai 5 orang termasuk saya.. tiba je kat Hospital... semua nangis, melihat keadaan atuk yang kurus sangat syukur lah Mama Tua jaga juga dengan baik..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.