Rabu, 29 Februari 2012

Papa I lOve You



Dah lama sangat lah saya nak tgk wayang nie...
Happy sangat bila tengok nie.. 
apapun Best juga wayang nie... :)

Papa.... I wILL lOVE yOU...
mIA sArA budak kecil yang pandai sangat n comel.. hehehe
Saya suka tengok wataknya...
lau Bapa nya pula pun saya suka sangat perwatakkannya... 
walaupun dia pemalas tapi dia salu minta maaf kat anak dia sebab wat macam tu...
anaknya pula pemberi semangat kat dia..
Tetap Tabah.. :)

Good Movie... :)

Wayang Ombak Rindu.. Best

Lupa lak nak gtau kelmarin... pada pukul 03.30pm waktu dah tak da kerja nie, saya cuba lah cari wayang ' OMBAK RINDU '  nie kat you tube.. kawan2x kat facebook salu cakap sal wayang nie.. jadi secara tak segan2x pula saya nak juga tengok wayang ombak rindu nie best or tak... dup dap dup dap tengok punya lah best... pelakonnya LISA SURIHANI, MAYA KARIN DAN  AORAN AZIZ .. terbaik juga lakonan mereka.. daripada apa yang saya lihat kat dalam wayang nie... maya seorang gadis kampung yang ditipu oleh pakciknya sendiri untuk mencari pekerjaan hingga di bawa ke tempat yang bukan diingininya... sadis juga dah lah kena paksa pastu kena rogol pula dengan paksa... 



Apapun cerita nie banyak pengajaran tentang kasih sayang dan ketabahan seseorang...
Jangan segan2x nak tengok nie... alah buka je kat youtube.. bukannya korang tak tahu pun kan :)
nak tengok full movie erm cari kat youtube ok... :) 
lepas habis tengok wayang nie... nak tengok wayang PAPA I LOVE YOU..
tapi tak sempat pula nak tengok sebab tengok jam dah nak balik.. hehehe....
so tak jadi lah.... tapi hari nie nak tengok juga...
meh join..... :)

Badan tak Sihat :(


Hari nie entah kenapa pagi2x dah rasa macam lain2x.. erm macam tak sihat tapi memang x sihat pun..
Mood pun sama juga, malas lah nak becakap, berbual, jawab persoalan pun 1 je, senyum pun buat2x aja ( mcm terpaksa ) .. dari seminggu lagi dah rasa macam nie.. lau difikrkan balik entah tak dak juga masaalah apa2x.. mgkin bnyak saya fikir kot.. tapi entah lah juga.. confius saya.. :( :( :(

Kelmarin kat tempat kerja rasa macam nak pitam nie, pening macam nak muntah ( bukan mengandung ) tapi tak juga muntah, dada rasa sangat sakit, pastu tak boleh bergerak bnyak sebab pinggan saya sakit, dah lah bengkak.. nasiblah ada air tu juga boleh lah redah sikit.. gi pun tak juga wat bnyak kerja sangat.. tapi betul2x lah tak selesa sangat..

Balik jak kelmarin dalam keta dah tak tahan dah dengan keadaan badan saya, masuk jak dalam keta terus nangis nie tak tahan sangat.. kak cil dan abang rudy pun heran.. kenapa tetiba je saya ngis.. tak kan gaduh ngan BF.. sampai lah kat umah.. dorang wat lawak pun saya dah tak endah dah.. lemas sangat badan rasa nak lelap n baringkan badan je..  sampai je kat umah pukul 6.30pm tu, terus masuk bilik dan tidur.. dah tak mandi n makan... hehehe

dah dekat jam 08.00pm, fon bunyi nie.. tapi tak juga sedar2x, kin terlalu penat n layan sakit sampai lah dah tak sedar kan diri.. 08.30pm dah baru terbangun.. tengok2x fon dah 2 missed call dan 3 sms.. rupanya Aming sms suruh bangun gi makan n mandi.. hehehe... malunye... dia tahu saya macam tu.. tapi tak salah kan sebab keadaan badan saya tak sihat sangat... :) :) ...

Dah gak pergi hospital dan jumpa doktor.. pergi Hospital Lahad Datu, Lama  bersama dengan Abang Rudy, Kak Cil, Adik Lisa dan Dady  nak gi check kenpa saya macam tu, kebetulan pula Abang Rudy dan Kak Cil pergi tempat yang sama sebab Kak Cil dah demam 2 hari tak berhenti.. dah sampai giliran masuk lah nie.. Lepas je ditanya doktor, disuruh pula pergi check darah kat bilik 1.. lepas je kat bilik 1 pergi ke makmal katanya nak check kencing.. takut2x malaria... erm dah habis gi check kencing pergi balik kat bilik 5 jumpa doktor tu balik.. 

Kata doktor tu " Adik, darah adik nie kurang .. adik kena banyak rehat, tetiba je dia cakap " darah adik nie ada jangkitan kuman itu lah menyebabkan adik kurang sangat selera nak makan, lemas badan, pening kepala dan demam " herm teruk juga tu.. bolehnya sampai kurang darah... :( ... pastu pergi ambil ubat dah... di bagi Vitamin, ubat tambah darah, tahan sakit n antibiotik.. tu aja... harap2x lah ok lepas nie.. sengsara juga nak tahan sakit nie pa lagi bila dah sakit sangat sampai tak boleh bangun.. nangis je yang dapat melegakan kesakitan saya... ( macam budak kecik kan? ) 

Selasa, 28 Februari 2012

Koleksi Gambar Kucing Comel


Sapa2x yang suka kucing tu... nah meh lah sesekali tengok koleksi nie.. hehe.. comel gak... :) 
Suka sangat2x... hehehe...







 comel x????



 sweet couple bha... hihi
 





Sayangilah kucing anda.. bukan juga kucing tapi semua binatang peliharaan... mereka juga salah satu pelengkap dalam hidup kita 

 ^ _ ^...

Kucing Comel


Semua orang ada binatang kesayangan kan?? saya pun ada juga... Saya minat gak ngan kucing nie... tapi kena pandai jaga dari segi pemakanan, kesihatan, kebersihan dan banyak hal lagi yang kena jaga....
tengok2xlah kat YouTube kan gambar kucing comel... herm macam nak cubit2x n peluk2x aja kucing tu tau.. eheheh... teringat pula kucing " Aming " .. kami sama2x namakan kucing tu " ciko " hehe...
Saya tak pernah nie tengok kucing tu.. bukan tak pernah tapi tak da kesempatan nak tengok...
Dulu kan aming tak suka kucing sangat, bukan benci kucing tapi geli katanya... hehe... Jadi sementara dia kesian tengok ciko sendiri kat luar dia ambil n jaga...Dia minta ajar lah cam na nak jaga kucing...
Saya pun ajar lah aming macam mana nak jaga ciko.. tengok2x kang kata aming " ciko dah gemuk " heheh... gembira betul dia bha... 



Tengok nie.. comel kan?? hehehe...
Bila ciko sakit.. Aming cakap " girl, ciko sakit nie... :( :( .." " macam mana nie? "
rupa2xnya dia penyayang kucing aja... tapi yang peliknya asal jumpa saya...
mesti dia nak garu kepala saya macam dia wat ciko... hehehe
tapi best gak.. manja nie,,, hahaha.... sekarang dia dah pandai jaga kucing.. hehehe
Semua ok dah... so just enjoy nie video k.. hahaha



hahaha... watch this... :)

Dok Bosan dlm Ofiss...


Herm...maklumlah dah tak dak keja nak wat dalam ofis nie.. hanya duk2x aja n ngok kmputer.. bosan sangt2x.. nie lah kan mnusia.. salu mengeluh.. hehehe.. dalam bosan2x saya nie kan, tetiba terfikir juga apa nak wat ya.. herm..... yang terlintas di fikran " bek tengok wayang " hehehe... buka lah kat dalam " YOU TUBE " nie.. masih juga sbuk nak pilih nak tengok wayang apa... tetiba jumpa tajuk wayang nie... " apa kata hati " yang di lakonkan pelakon "Farid Kamil n Raja Farah " hahaha... best gak tengok wayang nie... bah meh lah sama2x tengok wayang nie ekkkk... sekali sekala t kena gak ponteng kerja... hehehe.... tapi jangan salu tau.....


  
Kat dalam wayang nie bnyak hal yg memberi pengajaran dalam hidup kita... di ajar supaya kita kena mempercayai pasangan masing2x.. sikap berterus terang tu perlu.. jangan cepat salah sangka.. kasih sayang sangat penting... Jangan ambil tindakan terburu2x nak sampai jumpa BOMOH plak tu... lau nak tahu perkara sebenar pun apsal tak jumpa n tanya kan??? apa pun memang syok wayang nie.. hehehe... tapi kalau lah Lisa Surihani yang jadi watak Heroin kat dalam nie memang lagi syok bersama Farid Kamil.. mereka memang lah padan berlakon bersama.. hehehe... apapun dorang terbaik... :) biar orang yang menilai cara mereka sendiri... :)


Lepas je tengok wayang tu..saya buka lagi wayang baru... wayang endon.. best juga... HIDAYAH... erm semua jadi pengajaran.... :) 








Nah.. ini lah wayang yang saya tengok.. hehehe... ok juga lah.. :) 
Tengok je lah..... tak tengok pun tak pa... hehehe.....

ANUGERAH ( PART 2 )

Anugerah datang kepada kita di dalam kehidupan kita sehari- hari.


Bila mata kita tertumpu kepada perkara-perkara biasa, kita tidak menyedari bahawa kita sedang mengalami sesuatu anugerah. Ya, terdapat banyak perkara yang membutakan kita untuk melihat sesuatu anugerah itu sebagai satu anugerah. Ini termasuklah kepentingan diri sendiri, pengambilan terlalu berat ke atas hak-hak peribadi dab kewajipan-kewajipan masyarakat terhadap kita dan mengambil mudah perkara-perkara yang berlaku. Perkara-perkara inilah yang membutakan kita. Mereka bleh menjadi sisik yang keras, yang meghalang kita melihat sesuatu anugerah itu.


Berita baik untuk kita ialah Tuhan boleh memindahkan sisik-sisik tersebut daripada mata kita dan Dia memberikan kita mata yang boleh melihat AnugerahNya sebagai satu Anugerah. Marilah kita selidiki sebagaimana kita boleh menjadi orang yang mempunyai mata yang tidak lagi dibutakan oleh sisik dan mempunyai bibir yang tidak berhenti-henti menyatakan anugerah Tuhan.


Orang seperti PAULUS. Di dalam semua surat Paulus, kita mendapati dia mengucapkan " Anugerah  Kasih Karunia Tuhan Yesus" kepada pembaca-pembacanya. Bagi Paulus, Yesus Kristus adalah penyataan anugerah Tuhan yang hidup. Anugerah Tuhan dinyatakan di dalam pemberian Kristus akan didiNya sendiri untuk dosa-dosa kita, untuk melepaskan kita dari dunia yang jahat yang sekarang ini, menurut kehendak Allah Bapa kita. Yesus adalah penyataan anugerah itu. Paulus melihat anugerah ini sebagai kasih Tuhan yang dinyatakan di dalam hidupNya sebelum Ia dilahirkan lagi.



Bagaimana kita melihat permulaan hidup kita sendiri? Kita bukan lah orang yang bertanggungjawab ke atas diri kita ataupun kelahiran kita. Sesiapa yang diberikan mata yang beriman boleh melihat anugerah dinyatakan di dalam pembentukan diri mereka. Anugerah itulah yang memberikan makna dan tujuan di dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, mereka dapat mengucapkan syukur kepada Tuhan atas permulaan hidup mereka. Mereka melakukan ini dengan mengimbaskan kembali kehidupan mereka.


Melihat permulaan kehidupan kita sebagai pekerjaan anugerah Tuhan adalah mengetahui dan hidup dengan kepercayaan bahwa kita hidup bukan dengan secara kebetulan. Tidak ada bahagian di dalam kehidupan kita yang tidak berdasarkan kepada pemberian dan rencana Tuhan. Kita berterima kasih kepada Tuhan kerana menciptakan kita sebgaimana kita adanya atau menciptakan saya sebagaimana saya adanya. Saya teringat akan satu dambar di pejabat Doktor saya di Bandar Perdana yang mempunyai tulisan seperti ini " Saya baik sebab Tuhan tidak menciptakan rosokan ".


Anugerah Yesus Kristus adalah kuasa pendorong yang membolehkan Paulus menjalani pelayanan melalui penyerahan dirinya sendiri demi kepentingan orang lain. Seperti yang dikatakan oleh Paulus di dalam 2 Korintus 15:10 " Kasih Karunia yang dianugerahkanNya kepadaku tidak sia-sia. Sebaliknya, aku telah bekerja lebih keras daripada mereka semua, tetapi bukannya aku, melainkan kasih karunia Allah yang menyertai aku ". Anugerah Tuhan merupakan kuasa yang membolehkan Paulus menanggung segala penderitaan, menghadapi segala bahaya dan menyerahkan hidupnya untuk mengkhabarkan khabar baik kepada orang-orang Yunani.


Bagaimanakah anugerah Allah mempengaruhi hidup kamu? Sudahkah ianya menjadikan kamu sebagai orang yang murah hati? Sudahkah ianya mencabar kamu untuk menyerahkan diri kamu? untuk menyerahkan hak-hak kamu untuk kepentingan orang lain? Untuk melihat sesuatu itu jauh lebih daripada kewajipan kamu dan melihat perkara-perkara biasa dalam hidup sebagai anugerah Tuhan yang luar biasa sedang bekerja.


Untuk menjalankan hidup dengan kemuarahan hati bukan mudah. Perbuatan baik kita mungkin mengambil dengan sambil lewa sahaja, disalah ertikan dan di dendami pada suatu ketika. Kerana kemurahan kita, orang akan menggunakan atau memperalatkan kita. Mungkin ada orang yang merosakkan keinginan kita untuk bermurah hati dan suka membantu. Namun begitu, kita tidak boleh berputus asa ataupun berhenti bernurah hati. Selagi kita menerima anugerah yang datangnya daripada Tuhan, kita boleh terus menjalankan tugas kita berdasarkan Anugerah. Dengan melakukan ini, kita bersaksi untuk Tuhan mempunyai kasih dan anugerah yang tidak bersyarat.


p/s : Tetapi karena kasih karunia Allah aku adalah sebagaimana aku ada sekarang, dan kasih karunia   yang dianugerahkanNya kepadaku tidak sia-sia. Sebaliknya, aku telah bekerja lebih keras daripada mereka semua ; tetapi bukannya aku melainkan kasih karunia Allah yang menyertai aku " 1kor. 15:10. 

ANUGERAH ( PART 1 )


Pada pagi ini, saya hendak bercakap mengenai ANUGERAH. Perkataan anugerah pada amnya mempunyai pengertian yang positif terhadap ramai orang, namun ianya tidak diketahui oleh semua orang bila ianya berlaku di dalam kehidupan mereka. Orang biasanya memerlukan sepasang mata yang khusus untuk mengenali sesuatu anugerah sebagai satu anugerah. Saya teringat sebuah cerita yang diceritakan oleh mamy saya. Pada suatu masa ada seorang miskin di dalam sebuah kampung. Dia merupakan seorang yang tulus hati. Semua orang menyukainya dan menghormatinya. 

Tuhan melihat orang ini dan hendak memberkatinya. Lalu Tuhan menurunkan sebuah bungkusan yang berisi emas dan perak yang diikatkan pada seutas tali, tergantung sepuluh kaki atas jalan raya di mana orang itu berjalan setiap hari. Namun yang menghairankan Tuhan ialah apabila orang itu melalui jalan tersebut pada suatu pagi, apabila dia menghampiri tempat dimana bungkusan emas dan perak itu, dia menundukkan kepalanya dan berlalu. 

Tuhan tidak berputus asa. Dia masih mahu memberikan bungkusan itu. Oleh itu, Tuhan meletakkan bungkusan itu di tepi jalan tersebut. Tetapi apabila orang itu sampai ke tempat itu, dia mendongkkan kepalanya ke langit dan berlalu. Peristiwa ini berlaku tiga kali dalam masa yang berlainan. Akhirnya, orang tadi tidak memperolehi bungkusan anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepadanya. Ya, saya percaya kita memerlukan sepasang mata yang khusus untuk mengenali sesuatu anugerah itu sebagai satu anugerah.

Anugerah adalah sesuatu yang datang kepada kita dari luar. Bila mata kita tertumpu kepada kehendak diri sendiri atau kepentingan diri sendiri, mata kita tidak akan melihat anugerah. Anugerah datang bukan berdasarkan hak kita. Bila mata kita ditumpukan kepada hak kita sendiri sama ada untuk menuntut hak tersebut atau melindunginya, kita akan gagal melihat kehadiran anugerah itu. Anugerah datang bukan kerana tuntutan hak tetapi ianya datang apabila seseorang itu memberikan haknya demi kepentingan orang lain.

Anugerah datang bukan kerana kewajipan. Bila mata kita tertumpu kepada kewajipan orang lain lebih daripada kewajipan kita sendiri, kita tidak akan menyedari bahawa anugerah itu sebagai satu anugerah. Contohnya, bila kita mengambil kesimpulan bahawa ibu bapa kita memenuhi keperluan kita berdasarkan kewajipan mereka, kita gagal melihat bahawa mereka melakukannya berdasarkan kasih dan anugerah.

Enjoy this song too :)
                                                                                                                                 sambungan.... ( Part 2 )

Isnin, 27 Februari 2012

Hati saya kecewa bila mengenangkan nya


Hati saya kecewa kerna Dia...
Redah dengan ketentuanNya... :(
Tak nak lah cite2x banyak... biar hanya saya yang tahu..
Apapun ku relakan awak pergi..
Semoga hidup bahagia..



I jUST 4GET you.. and i will do it that Just for you..

Year 2009

Mengenang sebuah persahabatan

Saya teringat seseorang yang merupakan salah satu kawan kenalan saya yang lama dah kenal sejak dibangku sekolah lagi.. Saya sedar sekarang saya memang merindukan dia.. tapi kami berkawan tak lama disebabkan ada perkara yang berlaku.. Saya redah dengan ketentuan Tuhan dalam hubungan persahabatan kami.. dia sangat baik malah menghargai saya sebagai seorang sahabat dan menghormati saya sebagai seorang wanita.. Dia juga terlalu jujur dan suka mengambil berat kat saya... Walaupun kami tak pernah berjumpa hanya berkenalan dari Telefon sahaja, tapi saya amat kagum dengan dirinya..


Kawan2x yang lain bertanya kat saya " Kenapa perlu berkawa dengan orang yang memang tak nyata di hadapan kita?? " " Kita tak tahu sama ada orang tu benar2x ikhlas kat kita atau tak nak berkawan dengan kita "
Semua apa yang mereka cakap itu tidak menghalang saya untuk berkawan dengan dirinya,, satu masa, saya sms dia.. dia tak reply.. saya call pun dia tak angkat.... saya tunggu sampai seminggu..tapi nampaknya keadaan pun sama juga.. tiap2x malam saya berdoa kat dia semoga dia senantiasa dalam keadaan baik...

Pagi hari minggu, ( Ahad ) .. lepas habis sembahyang bersama keluarga, saya on telefon kalau2x ada smsnya... bunyi fon " tut tut tut tut " ( mesej ) saya lihat, betapa gembiranya hati saya bila smsnya muncul bertanya kan khbar tentang saya... Dia kata macam nie....

M ( bukan nama sebenar ) : Hai, Baby.. ( panggilan manja ) .. apa khbar?? chat tak?
saya : Hai juga, senang dapat sms kamu, saya sangat sihat tapi.....
M : Tapi apa??? ......
Saya : Saya rindukan awak sangat.. kemana M selam seminggu nie?? tak da khabr berta langsung...
          saya sangat risau kan awak... awak tahu kan, saya sayang kan awak...
          awak ada masaalah kah?? tolong bagi tahu saya...
          ( dalam keadaan yang ingin tahu )
M : Saya harap lepas nie kita berkawan sampai setakat sini aja, saya sms bukan disebabkan persahabatn 
      kita, tapi atas dasar kehendak sendiri...
Betapa hancurnya hati saya bila dia tetiba bagi keputusan yang macam tu sedangkan saya sudah terlalu menunggunya.. Saya bertanya kembali dengan M.
Saya : Kenapa awak cakap macam tu?? apa slah saya?? :( :( .. 
M : Kamu tak da salah apa2x.. yang penting lepas nie, awak bahagia.. saya tak nak ganggu awak lagi..
      jangan pernah berhubung dengan saya lagi.. 
Saya : awak... awak... jangan tinggalkan saya....

Saat itu saya fon dia.. dia tak sambut lansung... Hati saya sungguh sedih dengan apa yang dia buat kat saya.. saya tak putus asa, setiap masa saya sms dia dan fon dia malah masih juga tetap tak jawab.. Satu hari, saya berdoa dan minta tunjuk jalan pada Nya, saya mohon untuk bertemu dengan dia walaupun hanya untuk sekali dan sementara.... habis saya berdoa, telefon saya berdering tanda panggilan.. terus saya jawab.. rupa2xnya abang M yang telefon menggunakan telefon M.. kiranya saya juga nak lepaskan dia sebab saya dah putus asa.. 

Abang M bagitahu kat saya, jika saya betul2x mahu tahu M kat mana, dia akan bagi alamat surh datng kat umah.. after abang M bg alamat tu... saya terus bersiap dan jalan menuju alamat yg diberi... makin nak sampai ketempat tu, makin jantung saya berdebar2x... entah apa yg akan berlaku nanti.. tapi dalam fikiran nak sangat tahu M kat mana... Setiba je kat umah M, saya heran kenapa ramai sangat orang kat umah.. ingatkan M nak kahwin.. masuk je terus mama M peluk saya dengan keadaan yang tersebak2x nangis.. saya heran apsal jadi gini nie tetiba je ada seorang ibu peluk saya tanpa saya ketahui dahulu.. 

Keluarga M menjemput saya masuk kat kawasan ruang tamu.. sewaktu saya melangkah kaki masuk ke ruang tamu.. saya lihat M terbaring dengan keadaan yang buat saya betul2x tak percaya.. kata ibu M.. M dah meninggal disebabkan Masaalah paru2x berair.. saat itu, saya terduduk, air mata saya tak berhenti menagis kerna baru mengetahui hal yang sebenar berlaku.. Tak sangka ianya berlaku dalam diri saya.. susah untuk say a tenangkan diri bila kehilangan orang yang saya sayang.. Abang M memberikan sepuck surat yg ditulis oleh M sendiri..saya buka dan membacanya :

' Salam Kasih kepada Sahabat yang ku sayang '

Diharap awak senantiasa sihat di samping orang yang awak sayang, maafkan saya jika saya berlaku tidak adil  sewaktu kita bersahabat.. Minta maaf juga jika pemergian saya nie buat kamu sedih dan menangis, Saya yakin setelah saya tiada sudah kat sisi awak, awak boleh hadapi semua hal tanpa saya, Hargai orang sekeliling awak, jangan pernah putus asa dalam segala hal, senantiasa bersyukur dengan apa yang kita ada,saya nak bagi tahu kamu satu perkara.. Saya sangat sayang kan kamu dan saya juga akan merindui kamu senantiasa.

Bila dah baca, air mata saya berlinang terus tak berhenti.. pemergian dia sangat buat saya rasa kehilangan.. malah dia menceritakan tentang saya kesemua ahli keluarganya..baru saya teringat, dulu dia pernah bagi tahu saya.. dia sesak nafas tapi tak pernah bagi tahu saya yang dia sakit.. apapun semoga awak bersama ditempat orang yang beriman..

Year 2007

Hargailah



Pagi ni saya nak kongsi kan cerita saya bersama semua orang... sambil2x tu kita join tengok video nie.. bila saya teringat kan seseorang, saya lihat video nie, ia menjadi salah satu sebahagian dari peristiwa dalam hidup saya.. memang saya sudah kehilangan dia di sebabkan saya sendiri yang tidak menghargai dia.. Menjadi satu penyesalan dalam hidup saya. Disaat saya melukakn hatinya, membuat dia sedih, membuat dia rasa keseorangan tanpa teman, saya rasakan apa yang saya telah buat dengan dia.. betulkan cakap orang.. jangan buat orang kecewa dan terluka kerna itu satu hari nanti bila dia tiada kita akan rasa apa yang dia rasa dulu.. saya mulai sedar, kehadiran dia adalah perkara yang indah dan kehilangan dia adalah perkara yang paling menyakitkan dalam hidup saya...


Menghargai seseorang memang bukanlah perkara yang paling mudah untuk kita buat... betulkan?? ia sangat2x memerlukan perngorbanan.. peristiwa dulu sudah menjadi kenangan dalam hidup saya, hal yang lalu.. biar berlalu.. Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita pernah buat dulu bersama dengan orang yang kita sayang, kerna masa tidak akan berputar kembali untuk mengubah semua tu.. sudah menjadi pengajaran dalam hidup saya, supaya saya lebih peka dalam segala hal.. 

Bila kenang kembali memang sakit juga.. ia sepertinya saya merindukan dia, malah saya juga berharap dia akan kembali untuk menemui saya.. tapi bukan kembali untuk kami bersama tapi kembali bertemu untuk saya melafazkan Maaf pada dirinya yang sekian lama pergi jauh dari hidup saya....


Cinta adalah kurnia Tuhan untuk kita... hargai cinta yang ada sebelum kita merasakan dia bila kehilangan dirinya.. seperti Video kat atas.. memberi kesan dalam hidup kita masing2x... walaupun dia sudah tiada dari pandangan mata, tapi doa ku untuk dia senantiasa ada supaya dia lebih bahagia bersama dengan orang lain.. 

Fikirkan lah...????!

Ahad, 26 Februari 2012

CINTA... kesempatan atau pilihan

Saya terbaca satu artikel yang mengatakan macam nie.... jadi saya ingin kita kongsikan bersama dan daripada apa yang kamu baca, ia dapat memberi jawapan seribu persoalan dalam hidup kita masing2x...


Saat kita bertemu dengan seseorang yang sempurna, yang kita cintai di saat yang tepat, di tempat yang tepat dan di waktu yang tepat. Itu adalah kesempatan.

Saat kamu bertemu seseorang yang membuatmu tertarik. Itu bukan pilihan. Itu adalah kesempatan.

Selalu bersama/bertemu dalam suatu waktu (dan banyak pasangan yang jadian karena hal ini) bukanlah suatu pilihan. Itu adalah kesempatan .

Perbedaannya adalah setelah semuanya itu terjadi.
Kapan kau akan membawa rasa cinta, suka, ketertarikan tersebut naik ke tingkat selanjutnya?

Ketika kemudian akal sehat kita kembali bermain, kita akan duduk dan menimbang kembali apakah kau ingin melanjutkan hubungan tersebut atau melepaskannya. Jika kau memilih untuk mencintai seseorang tersebut, meskipun dengan segala kekurangannya, itu bukanlah kesempatan. Itu adalah pilihan.

Disaat kau memilih untuk bersama dengan seseorang, tidak peduli dengan hal lainnya.Itu adalah pilihan

Meskipun kau tahu banyak orang di luar sana yang lebih menarik, pintar, dan lebih kaya daripada pasanganmu, dan ya, kau memutuskan untuk tetap mencintai pasanganmu apa adanya. Itu adalah pilihan.

Cinta , suka, ketertarikan datang kepada kita dari kesempatan. Tetapi cinta sejati itu adalah sungguh-sungguh suatu pilihan. Sebuah pilihan yang kita buat.

Berkenaan dengan teman sejiwa atau pasangan hidup, ada sebuah kutipan indah dari seorang bijak :
"Nasib membawamu untuk bersama, tetapi untuk tetap bersama sampai akhir itu semua tergantung dari dirimu."
Saya percaya bahwa teman sejiwa itu benar-benar ada. Bahwa ada seseorang khusus diciptakan untukmu.
Tetapi itu masih tetap tergantung pada dirimu untuk membuat pilihan tersebut, apakah kau akan melakukannya atau tidak.

Kita mungkin akan menemukan teman sejati kita dengan kesempatan yang ada, tetapi untuk mencintai dan bersama dengan teman sejiwa kita, itu adalah tetap pilihan kita untuk mewujudkannya.

Kita datang ke dunia ini bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk mencintai...

Tetapi untuk belajar, bagaimana mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan sempurna...

Baby ketawa.. Funny!!!


Hahaha... hari nie kan saya saja2x nie buka You Tube,,, dalam bosan2x tak da kerja kan, boleh menyebab kan kita ngantuk.. so saya buka lah Funny Baby nie untuk menyegarkan mata sikit... tak sangka2x saya jumpa nie video baby ketawa dahsyat daripada orang dewasa lagi.. hehehe apapun memang lutcu lah... :) 


Hahhaa.. nie lagi lah, lau tengok pasti tak kering gusi punya lah... hehehe... sampai kan orang ofis pun heran kenapa saya ketawa sendiri VS ( orang GILA ) hehehe....




Hahha... dengar aja....sempoi....hahahahah  ^_^.....




hehehe... syok... nie jak untuk hari nie... ( just nak segar kan mata aja ) :)

Sentuh Hatiku .. Tuhan

Mari kita sama2x dengar lagu nie.. ia amat menyentuh hidup saya... Jika kita benar2x percaya malah pasti Dia ada :) kita kena tahu kasih setia Tuhan senantiasa ada untuk bersama2x dengan kita senantiasa...
Saya punya teman sekristian dengan saya, dia memang kuat di dalam Tuhan.. bagi dia dalam hidupnya Jaminan Tuhan sangat pasti dan semua rencana Tuhan pasti boleh untuk dia lakukan meneurut kehendak Tuham.. Dia ajar saya tentang kasih pada semua orang, bagaimana kita mengasihi orang lain sebagai mana Tuhan mengasihi dalam hidup kita... Bila saya teringat, saya teringat lagu nie... saya percaya Tuham menrencana kan yang terbaik untuk saya dengan kasihnya walaupun hal tu sulit sangat untuk saya terima...


Lirik Lagu : Sentuh Hatiku. memberi kesan dala hidup peribadi saya, ya sebelum nie saya terlalu banyak disakiti oleh orang lain hingga menyebabkan saya mengundang rasa benci terhadap seseorang individu sampaikan memakan diri saya sendiri, Saya tidak mahu menerima apapun keadaan walaupun itu sebenarnya bukan kehendak saya.. Saya hilang tumpuan malah Tuhan menguatkan saya dengan kasih dan ajarannya pada saya untuk tetap belejar mengasihi dia...tak nak lah banyak songeh.. heheh...So mari kita sama2x dengar.. :)


Terima Kasih Tuhan kerna Engkau ada untuk saya, Amin.

Lingkupiku - Jacqlien Celosse

Pengalaman Kerja... fuh...

Halo.. dup dap dup dap... dah nak dekat hujung bulan FEBUARY kan?? tak sedar2x dah saya kerja lama dah... hehehe.. nie nak kongsi bersama, minggu lalu tarikh 22. Febuary. 2012 sampai lah 25. Febuary. 2012 nie saya jaga office disebabkan store keeper kami cuti selama 4 hari tu atas sebab urusan peribadi, nah udah lah saya nie tak pandai nak urus barang2x spare parts traktor nie, dah terkena kat saya.. hehehe


Sebetulnya memang gak malas nak tahu semua nie, yang penting saya tahu kerja saya sebagai kerani dah ok.. tapi rupanya2x, mencabar juga menjaga store nie.. first kan, tertekan juga sebab banyak yang saya tak tahu barang2x tu... nasib lah ada rujukan buku dan sample customer bawa untuk di tengok nak barang tu... gementar gak takut kalau barang yang di bagi salah pula... nah kalau salah habis lah.. bukan setakat kena marah,sekalian potong gaji...


Syukur juga dalam masa 4 hari tu, Tuhan menyertai saya sampai lah saya dapat menjalani customer dan tanggungjawab yang diberi tugas oleh Store keeper dengan baik dan lancar, malah syukur juga dengan berkat Bos saya sendiri membantu saya menguruskan hal2x spare parts walaupun dengan sekejap.. Hari tu, saya hanya menunggu sahaja panggilan customer, saya mengharapkan juga supaya tak lah customer nak minta sampai berat2x.. hehehe...


Apa yang saya alami 4 hari yang lalu, betul2x mencabar dalam hidup saya.. saya sangat2x bersyukur sama Tuhan atas kasih dan kebaikan nya serta penjagaan dan penyertaan terhadap diri saya semasa berada dalam office semua dalam keadaan yang baik..Apapun ia dah menjadi satu pengalaman untuk mengajar saya supaya lebih berusaha sendiri tanpa bantuan orang lain.. kerna sebelum nie, saya hanya mengharapkan store keeper saja.. yang saya tahu buat kerja sendiri.. tapi hakikatnya saya tak belajar kebaikan yang ada sebenarnya kat situ... :) dah terjadi kan, apa leh wat.. apapun ia dapat menenag kan saya... :) 

Jumaat, 3 Februari 2012

Kesyukuran

Baru2 nie pada tarikh 29.01.2012 saya bersama mamy,dady dan abang kkong pergi ke sandakan kat rumah mam tua yang terletak di Kampung Batu Sapi.. sebelum hari nya kami nak jalan, mama tua sa nie fon dah.. mama kata mau kami pergi tengok keadaan atuk nie tenat uda.. kami semua huru hara nak cari kereta.. yg menghalangnya lagi nie sebab kami semua blm gji lagi.. suma fikr ni, kat na nak cr duit untuk jln.. bkn aja duit malah kereta pun tak da.. syukur hari tu abang saya ada dapat bantuan  RM 500 dari kerjaan.. dapt lah kami sewa kereta... saat itu saya berdoa dan pasti muzizat Tuhan terjadi.. syukur dari jam 6.30pm sampai pukul jam 8.30pm kami dah sampai kat Sandakan.. kami di berhentikan kat Bus Station Jalan Kim Fung tu.. sambil tunggu uncle Amin datang.. tiba dah kat sana, kami pun bertemu dengan ancle amin dan anaknya... hehe.. tak sangka nie anaknya sumbui...tapi sayang kazen lah pl... :P ( sempat lagi nak ngorat )

Kesedihan

Sedihnya bila mendengar keluahan hati seorang yang bergelar isteri.. baru jak tadi kawan saya fon saya, dia nangis2x tahan sebak.. hati saya dah mulai gelisah.. kenapa ya dia cam tu?? dia kata kita sms lah..so saya kata ok.. terkejutnya saya bila dia kata " chris.. :( suami saya halau saya dari rumah :( " Haaa,,,, halau???..fikiran saya fikir macam tu... saya balas lah smsnya " sha.. kenapa suami ko wat cam tu? " dia kata " laki saya mahu kahwin satu lagi, lepas tu dia nak kami berpisah.. dia suruh saya balik ke pangkuan keluarga ku " .. saya membaca sambil menahan sebak di dada mengenangkan nasib kawan saya nie.. dia kemas barang dan mahu ke Lahad Datu coz rumah dia kat Bukit Garam... cuba lah kamurang bayangkan..... sudah lah sha berbadan dua lepas tu tanpa belas kasihan suaminya menghalau dia... tidak kah kamurang sakit hati....??? dah lah tak da tanggungjawab suami pastu nak pisahkan anak dari seorang ibu yang mengandungkan 9 bulan dalam perut... saya dpt rskan kesaktan yang dia alami.. 

Yang pedisnya lagi.. di halau tapi suaminya tak bagi dia 1 sen duit pun.. dah lah estate pastu jalan kaki pergi keluar smpang dengan berbadan dua.. tak kan dia tak fikir semua tu.. :( :( ... dia pun ada ibukan, tak kan dia tak tahu peritnya seorang ibu bila si ayah buat macam tu.. disebabkan seorang perempuan,dia sanggup pisahkan kasih sayang anak kepada seorang ibu dan kasih sayang istrinya pada diri dia sendiri.. selama nie pun istrinya tetap bertahan dengan sgla karenah suaminya.. tapi suaminya nie macam tak da persaan lgsung... sekarang.. saya pun tak pasti macam mana dengan keadaan dia.. sekarang nie pun saya berusha nak cari kenderaan untuk dia.. harap2x semua nya ok...

Dengar2x lagi suaminya suruh kelyarganya dari sarawak dtg ambil anaknya.. kawan saya pula di kaci tinggal bulat2x.. sedangkan dulu bila bercinta erm bukan main lagi.. sekali kahwin perangai buruk keluar... kuat minum, kuat judi, membohong, playboy ( dah lah tak sedar ada anak bini ), bila nak wat seks baru nak cr bini n lepas sama bini... bukan bodoh kah nmnya tu??? bila dah puas apa yg dimahu.. tendang istri,buat perangai mcm2.. nama je polis tapi tanggungjawab untuk keluarga tak da... macam mana nak tunjukkan sikap yg baik sbgai anggota polis tapi gya kat umah cam HANTU!!! sory lah klau saya yg melepas geram.. tapi ada baiknya kalau saya luahkan.. bukan senang nak jaga suami mcm nie.. kawan saya dah cukup sabar tapi entah suaminya tak faham dengan dia sampai dia sanggup memburukkan istrinya sendiri yang sggup berkorban untuk dia....

kepada suami2x.. jadikanlah teladan macam nie.. jgn anggap bila dah berkeluarga..istri semua kena patuh pada suami n suka2x boleh buat apa2x jak... kena lah berbincang lau da mslah... yg pntgnya jujur dlm segala hal.. kenapa nak kahwin dulu lau bukan sebab atas dasar cinta kan??? tiba2x dah kahwin n hidup sama2x, antara 1 pula yg buat hal.... ingat kahwin tu men2x ke..? bila dah kahwin.. janji yg dilafazkan tu seumur hidup kena pegang.. beri kasih sayang pada anak2x n istri, jlnkan tanggungjwb masing2x.. bertolak ansur dlm sgla hal.... dan yg paling pntg mendekatkan keluarga kepada TUHAN!! bukan buat keputusan sampai perangai macam SETAN !! 

Kepada kawan ku yang disayangi.. tabah kan lah hatimu untuk menenpuh dugaan yang ada.. saya pasti semua nie ada hikmahnya.... i will lways pray for you.....