Selasa, 28 Februari 2012

ANUGERAH ( PART 1 )


Pada pagi ini, saya hendak bercakap mengenai ANUGERAH. Perkataan anugerah pada amnya mempunyai pengertian yang positif terhadap ramai orang, namun ianya tidak diketahui oleh semua orang bila ianya berlaku di dalam kehidupan mereka. Orang biasanya memerlukan sepasang mata yang khusus untuk mengenali sesuatu anugerah sebagai satu anugerah. Saya teringat sebuah cerita yang diceritakan oleh mamy saya. Pada suatu masa ada seorang miskin di dalam sebuah kampung. Dia merupakan seorang yang tulus hati. Semua orang menyukainya dan menghormatinya. 

Tuhan melihat orang ini dan hendak memberkatinya. Lalu Tuhan menurunkan sebuah bungkusan yang berisi emas dan perak yang diikatkan pada seutas tali, tergantung sepuluh kaki atas jalan raya di mana orang itu berjalan setiap hari. Namun yang menghairankan Tuhan ialah apabila orang itu melalui jalan tersebut pada suatu pagi, apabila dia menghampiri tempat dimana bungkusan emas dan perak itu, dia menundukkan kepalanya dan berlalu. 

Tuhan tidak berputus asa. Dia masih mahu memberikan bungkusan itu. Oleh itu, Tuhan meletakkan bungkusan itu di tepi jalan tersebut. Tetapi apabila orang itu sampai ke tempat itu, dia mendongkkan kepalanya ke langit dan berlalu. Peristiwa ini berlaku tiga kali dalam masa yang berlainan. Akhirnya, orang tadi tidak memperolehi bungkusan anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepadanya. Ya, saya percaya kita memerlukan sepasang mata yang khusus untuk mengenali sesuatu anugerah itu sebagai satu anugerah.

Anugerah adalah sesuatu yang datang kepada kita dari luar. Bila mata kita tertumpu kepada kehendak diri sendiri atau kepentingan diri sendiri, mata kita tidak akan melihat anugerah. Anugerah datang bukan berdasarkan hak kita. Bila mata kita ditumpukan kepada hak kita sendiri sama ada untuk menuntut hak tersebut atau melindunginya, kita akan gagal melihat kehadiran anugerah itu. Anugerah datang bukan kerana tuntutan hak tetapi ianya datang apabila seseorang itu memberikan haknya demi kepentingan orang lain.

Anugerah datang bukan kerana kewajipan. Bila mata kita tertumpu kepada kewajipan orang lain lebih daripada kewajipan kita sendiri, kita tidak akan menyedari bahawa anugerah itu sebagai satu anugerah. Contohnya, bila kita mengambil kesimpulan bahawa ibu bapa kita memenuhi keperluan kita berdasarkan kewajipan mereka, kita gagal melihat bahawa mereka melakukannya berdasarkan kasih dan anugerah.

Enjoy this song too :)
                                                                                                                                 sambungan.... ( Part 2 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.