Selasa, 28 Februari 2012

ANUGERAH ( PART 2 )

Anugerah datang kepada kita di dalam kehidupan kita sehari- hari.


Bila mata kita tertumpu kepada perkara-perkara biasa, kita tidak menyedari bahawa kita sedang mengalami sesuatu anugerah. Ya, terdapat banyak perkara yang membutakan kita untuk melihat sesuatu anugerah itu sebagai satu anugerah. Ini termasuklah kepentingan diri sendiri, pengambilan terlalu berat ke atas hak-hak peribadi dab kewajipan-kewajipan masyarakat terhadap kita dan mengambil mudah perkara-perkara yang berlaku. Perkara-perkara inilah yang membutakan kita. Mereka bleh menjadi sisik yang keras, yang meghalang kita melihat sesuatu anugerah itu.


Berita baik untuk kita ialah Tuhan boleh memindahkan sisik-sisik tersebut daripada mata kita dan Dia memberikan kita mata yang boleh melihat AnugerahNya sebagai satu Anugerah. Marilah kita selidiki sebagaimana kita boleh menjadi orang yang mempunyai mata yang tidak lagi dibutakan oleh sisik dan mempunyai bibir yang tidak berhenti-henti menyatakan anugerah Tuhan.


Orang seperti PAULUS. Di dalam semua surat Paulus, kita mendapati dia mengucapkan " Anugerah  Kasih Karunia Tuhan Yesus" kepada pembaca-pembacanya. Bagi Paulus, Yesus Kristus adalah penyataan anugerah Tuhan yang hidup. Anugerah Tuhan dinyatakan di dalam pemberian Kristus akan didiNya sendiri untuk dosa-dosa kita, untuk melepaskan kita dari dunia yang jahat yang sekarang ini, menurut kehendak Allah Bapa kita. Yesus adalah penyataan anugerah itu. Paulus melihat anugerah ini sebagai kasih Tuhan yang dinyatakan di dalam hidupNya sebelum Ia dilahirkan lagi.



Bagaimana kita melihat permulaan hidup kita sendiri? Kita bukan lah orang yang bertanggungjawab ke atas diri kita ataupun kelahiran kita. Sesiapa yang diberikan mata yang beriman boleh melihat anugerah dinyatakan di dalam pembentukan diri mereka. Anugerah itulah yang memberikan makna dan tujuan di dalam kehidupan mereka. Oleh yang demikian, mereka dapat mengucapkan syukur kepada Tuhan atas permulaan hidup mereka. Mereka melakukan ini dengan mengimbaskan kembali kehidupan mereka.


Melihat permulaan kehidupan kita sebagai pekerjaan anugerah Tuhan adalah mengetahui dan hidup dengan kepercayaan bahwa kita hidup bukan dengan secara kebetulan. Tidak ada bahagian di dalam kehidupan kita yang tidak berdasarkan kepada pemberian dan rencana Tuhan. Kita berterima kasih kepada Tuhan kerana menciptakan kita sebgaimana kita adanya atau menciptakan saya sebagaimana saya adanya. Saya teringat akan satu dambar di pejabat Doktor saya di Bandar Perdana yang mempunyai tulisan seperti ini " Saya baik sebab Tuhan tidak menciptakan rosokan ".


Anugerah Yesus Kristus adalah kuasa pendorong yang membolehkan Paulus menjalani pelayanan melalui penyerahan dirinya sendiri demi kepentingan orang lain. Seperti yang dikatakan oleh Paulus di dalam 2 Korintus 15:10 " Kasih Karunia yang dianugerahkanNya kepadaku tidak sia-sia. Sebaliknya, aku telah bekerja lebih keras daripada mereka semua, tetapi bukannya aku, melainkan kasih karunia Allah yang menyertai aku ". Anugerah Tuhan merupakan kuasa yang membolehkan Paulus menanggung segala penderitaan, menghadapi segala bahaya dan menyerahkan hidupnya untuk mengkhabarkan khabar baik kepada orang-orang Yunani.


Bagaimanakah anugerah Allah mempengaruhi hidup kamu? Sudahkah ianya menjadikan kamu sebagai orang yang murah hati? Sudahkah ianya mencabar kamu untuk menyerahkan diri kamu? untuk menyerahkan hak-hak kamu untuk kepentingan orang lain? Untuk melihat sesuatu itu jauh lebih daripada kewajipan kamu dan melihat perkara-perkara biasa dalam hidup sebagai anugerah Tuhan yang luar biasa sedang bekerja.


Untuk menjalankan hidup dengan kemuarahan hati bukan mudah. Perbuatan baik kita mungkin mengambil dengan sambil lewa sahaja, disalah ertikan dan di dendami pada suatu ketika. Kerana kemurahan kita, orang akan menggunakan atau memperalatkan kita. Mungkin ada orang yang merosakkan keinginan kita untuk bermurah hati dan suka membantu. Namun begitu, kita tidak boleh berputus asa ataupun berhenti bernurah hati. Selagi kita menerima anugerah yang datangnya daripada Tuhan, kita boleh terus menjalankan tugas kita berdasarkan Anugerah. Dengan melakukan ini, kita bersaksi untuk Tuhan mempunyai kasih dan anugerah yang tidak bersyarat.


p/s : Tetapi karena kasih karunia Allah aku adalah sebagaimana aku ada sekarang, dan kasih karunia   yang dianugerahkanNya kepadaku tidak sia-sia. Sebaliknya, aku telah bekerja lebih keras daripada mereka semua ; tetapi bukannya aku melainkan kasih karunia Allah yang menyertai aku " 1kor. 15:10. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.